"Masihkah Kau Ingat, Perogol Itu...."
Baru saja sebulan lebih meninggalkan Ramadhan, masih lagi segar dalam ingatan suasana meriah Ramadhan yang sama-sama kita lalui. Bagi yang sentiasa istiqamah dalam beribadat, pastinya tempias beribadah semasa bulan Ramadhan masih lagi dirasai dan amalan-amalan sunat masih lagi menjadi rutin mereka. Lidah dibasahi dengan zikrullah, pancaindera masih lagi lembut utk sujud kepada Allah. Amat beruntunglah mereka yang berjaya dalam mentarbiyyahkan diri di madrasah Ramadhan yang lepas.
Jika Ramadhan, Perang Badar Al-Kubra kita bicarakan. Jika Syawal, tentera Ahzab menjadi bualan di Masjid-masjid. Tapi, makin hari kita makin lupa akan peristiwa penindasan yang dilakukan oleh tentera Serb keatas masyarakat Islam di Bosnia. Menyedihkan lagi ada antara kita yang tidak pernahpun mengetahui akan usul cerita penindasan kejam ini. lebih kurang 16 tahun berlalu...tapi peristiwa ini makin dilupakan. Amat mudah kita lupakan hal sebegini...tapi amat jarang utk kita lupa detik-detik diumumkan pemenang-pemenang AF setiap tahun. Tidak cukup dengan siaran langsung, VCD diulang tonton beberapa kali.

" Tiap2 taun aku x pernah miss benda nie...Best sngt..."
Namun siapakah antara kita yang masih lagi memainkan kembali rakaman-rakaman penindasan umat Islam di seluruh negara, di Afghanistan, di Iraq, di Selatan Thai, di Ambun, apatah lagi di Bosnia ini. 5 April 1992 merupakan detik ngeri buat umat Islam di Bosnia.Peperangan mul meletus di Balkan. Ramai yang berteriak menjerit. Tapi tidak ramai masyarakat antarabangsa yg membantu ketika itu. Yang tiba hanyalah hamba-hamba yang inginkan syahid sebagaimana mujahidin-mujahidin antarabangsa. Namun tidak banyak yang mengenali mujahid-mujahid sebegini.
" Keperitan x dapatku gambarkan dgn kata-kata..."
a) Imraan At-Turki, berwarganegara Amerika dan merupakan Amir kepada mujahidin Turki. Beliau mati dalam keadaan syahid InsyaAllah yang mana perut beliau ditembusi dengan 5 peluru ketika melaungkan " Allahu Akbar....Allahu Akbar...". Dikatakan juga terukir senyuman di wajah beliau ketika mujahidin menemui jasad beliau. MasyaAllah betapa gembiranya Imraan At-Turki ini mendapat syahid di jalan Allah SWT ..InsyaAllah.
b) Abu Maryam Al Afghani, mujahid dari Afghanistan. Ketika ditanya kepada beliau akan siapakah yg akan menjaga anak perempuannya setelah dia syahid. Maka dengan lantang dan yakin kepada Allah beliau menjawab, " Allahlah yg akan menjaga anak perempuanku setelah aku syahid"...Beliau akhirnya gugur juga sbg syuhada'
Kesemua mujahid-mujahid ini, jika diperhalusi biografi masing-masing, kesemuanya tidak takut melainkan mati, tidak cinta melainkan syahid, tidak kedekut mengalirkan darah, tidak loket cacat anggota. Begitulah kata-kata yag mampu memgambarkan semangat jihad dalam diri para mujahidin ini.
Kisah-kisah perjuangan dan penderitaaan masyarakat Bosnia suatu ketika dahulu tidak lagi diendahkan pada masa kini. Tidak pernah timbul dalam hati kecil ini utk menitiskan air mata atau setidak-tidaknya merasai bagaimana peritnya gadis-gadis sunti dirogol hingga mati. Suami-suami dan bapa disembelih dihadapan keluarga sendiri. Remaja wanita dilarikan utk dijadikan pemuas nafsu pabila tibanya malam. Sehinggakan gadis-gadis yang mengandung anak luar nikah itu menjadi ratusan bilangannya. Bukan saja fizikal diseksa, tapi ada juga tahananan yang dipaksa menganut kristian. Gelaran nama-nama kristian terpaksa disahut oleh penghuni penjara. Ada juga yang diukir salib pada dahi dan bermacam lagi....
Penderitaan yg dihadapi oleh gadis-gadis dan penduduk Bosnia hanya dapat digambarkan dengan kata-kata apabila ditemuramah oleh wartawan mujahidin antarabangsa. Ala kuli Hal, apa yang diluahkan hanya 1 % mengambarkan apa yg diperlakukan tentera Serb ke atas mereka.
".......apabila mereka tiba di kampung kami. Mereka mengarahkan kami meyerahkan senjata, barang kemas dan wang kami. Kemudian membahagikan mereka kepada 3 bahagian. 8 orang lelaki dewasa disembelih dengan pisau. Mereka memilih kanak-kanak dan gadis dan juga wanita dan menyuruh menanggalkan pakaian mereka dan merogol dihadapan ibu bapa mereka. Tentera serbia menampar mereka dan mengugut mereka dengan pisau dan mengoyakkan pakaian gadis-gadis kami ....."
Dan gadis berusia 14 tahun turut menceritakan sebagaimana dia dirogol oleh komander tentera musuh .....
".....Komander tersebut besar tubuhnya, gemuk tua, kotor, beruban dengan sejempul rambut putih di dahinya. Dia berbau busuk arak dengan pakaian yang kotor. Dia mengangguk ke arah saya dan menyuruh saya berdiri. Membawa saya ke sebuah bilik. Kaki saya menggelentar dan saya tidak mampu berjalan lagi. Saya fikirkan dia akan menyembelih saya, saya merayu. ..." Boleh saya lakukan,bu?".....tanya saya kepada ibu dan ibu mengangguk. " Pernah kamu bersetubuh...?.....tanya komander. " Tolong tuan..." pinta saya. Dia mencampak saya ke atas kerusi malas dan mengoyak pakaian saya. Dia menutup mulut saya....Saya menjerit, dia menjerit pada saya......."
" Apa salah kami dicalarkan maruah kami...."

Kenanglah nasib Umat ISlam Yg ditindas walau sebentar mata berkelip......
Agar timbul benak hati..rasa tanggungjawab....
Bukan utk dipikul senjata bersama syahid...
Tapi sekadar keinsafan dalam kehidupan....
ALLAHU AKBAR !!! ALLAHU AKBAR !!!!
1 Komen:
baguslah kalau semua orang ada kesedaran mcm awak hafiz....semoga allah merahmati semua umat islam..aminnn....
Post a Comment