[ Shoutul Haq ]

Berkatalah benar walaupun sekali pahit untuk diperkatakan


Tuesday, September 2, 2008

Malam-Malam Ramadhanku ........

Di Tulis Oleh YM : hafiz_rijalullah

Teresak-esak suara menangis tatkala Sya'ban kian meninggalkan mereka semua... Ramadhan demi Ramadhan tapi nasib mereka kian hari kian buruk. Jika dulu, Ramadhan yg bakal tiba mereka sambut dengan kesyukuran dan kegembiraan di hati masing-masing. Namun wajah gembira menyambut Ramadhan tidak lagi bersinar di wajah saudara-saudara kita ini. Apatah lagi kegembiraan ketika menyambut Aidilfitri...


" Peperangan bukan penyelesaian...."

Ramadan datang dan berpergi, namun maruah rakyat Palestin kian hari kian tercabul. Satu demi satu hak mereka dinafikan. Keadilan antarabangsa tiada sedikitpun berpaling pada rakyat negara tersebut. Apa yg ada pada mereka ialah doa kepada Allah SWT.

Namun begitu, tekanan dan pencabulan hak keatas rakyat Palestine sebenarnya merupakan sindiran oleh Yahudi kepada kita (umat Islam di negara lain). Penganiayaan terhadap umat Islam di Palestin merupakan lambang bahawa tiada kesatuan umat Islam seluruh negara. Umat Islam boleh diperlekehkan oleh Yahudi sbgmana yg dilakukan terhadap Palestine. Umat Islam dijadikan boneka dalam kerajaan..Umat Islam dilaga-lagakan laksana ayam laga.. Umat Islam boleh dibayar hanya utk dijadikan teman tidur....Ya Allah !!! Betapa rapuhnya Ummah hari ini..Integriti umat Islam mundur, Ya Allah !!!!....Umat Islam dijadikan mainan, YA Allah...Umat Islam dipecah-pecahkan, Ya ALLAH.....huhuhuhu..Tanpa mereka sedari...air mata bercucuran laksana butiran permata jatuh satu demi satu dr kelopak mata mereka.


" sejauhmanakah kita boikot Israel...atau sekadar boikot 2,3 hari selepas kita menerima poster ini....istiqamah tiada lg dalam hati kita...kerana hati kita sebenarnya MATI "

Sebelum nasi menjadi basi , ayuh kawan-kawan kita pupukkan ukhwwah fillah, jauhkan ummah kita dr berpecah. Satukan kembali hati-hati kita agar wujud perhubungan dan kasih sayang terhadap saudara sesama agama.

" dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."

(al-Imran--AYat 103)


0 Komen:

Post a Comment