haih.....
Selama dua hari kat rumah nie x tau nak buat apa..pagi keluar petang balik...itulah yg mamp aku lakukan...betapa ruginya aku kerna tak berpengang pada sumpah Allah terhadap waktu...yg mana kita sebenarnya dalam kerugian.
Sempat juga...ku berjalan sekitar pasar Ramadhan..,bukan berkehendakan sesuatu tapi hanya utk melepaskan rinduku kepada pasar Ramadhan setelah setahun lamanya meninggalkan daku....Ku terduduk di suatu sudut berdekatan dengan gerai-gerai yg diwarnai dengan kuih yg pelbagai. Ku lihat gelagat manusia satu demi satu. Benarlah bahawa "Banyak Manusia Banyak Ragamnya"...
"MasyaAllah mak cik, banyaknya mak cik beli..." sapa aku hanya sekadar menyindir. Mak Cik tadi ku biarkan berlalu dengan plastik yg memenuhi di kiri dan kanan. Selang 2,3 minit, sorang Pak Cik berjalan juga membawa plastik yg dipenuhi dengan juadah. Hampir 15 minit aku bersantai, semua yg lalu lalang memenuhi di tangan mereka ialah juadah. "Maklumlah, nie kan permulaan puasa....selera tengah naik....!!" jawab seorang bro yg berumur lbh krng 40-an setelah disapa olehku....
Terlintas dibenak fikiranku, Nabi SAW hanya berbuka dengan hanya sekadar sebiji kurma dan juga air kosong. Tapi keberkatan puasa itu melebihi kita yg berbuka dengan juadah yg pelbagai sehinggakan tidak menang tangan dibuatnya. Tapi Rasululllah SAW berbuka dan bersahur dengan kurma dan juga air kosong mampu memikul senjata berperang dengan musuh Islam pada ketika itu....Bukan itu saja, malam hari baginda dihiasi dengan SunatTarawih dan amalan-amalan sunat yg lain....
Hari ini....jelas berbeza sekali. Bagi kaki rokok, berpuasa dari merokok bagi mereka merupakan suatu musibah sehinggakan ada yg x mampu berkerja dek berpuasa merokok. Fuhhh, keluhan demi keluhan keluar dr mulut yg dahagakan tegupan asap rokok. Hari perokok tidak lagi secergas dahulu....bahkan lebih cergas kanak-kanak tadika berbanding mereka. Pabila azan berkumandang, apa yg digapainya bukanlah tamar sunnah Nabi SAW, tapi kotak rokok yg dikobek terlebih dahulu....MasyaAllah, betapa rokok segalanya bagi mereka....
Namun, bagi yg lebih berfikiran positif, bulan Ramadahan mungkin dijadikan oleh mereka sbg madrasah utk berhenti merokok buat selama-lamanya. Sama-sama kita berdoa agar kita diterima amalan kita pada Bulan Ramadhan ini.

Khadim Ilmi....
Pelajar Kuliah Tibb (Perubatan), Jami3ah Iskandariah. Berasal dr Kota Bharu, Kelantan. Bekas pelajar SMK Dato Ahmad Maher, Kota Bharu....
Pelajar Kuliah Tibb (Perubatan), Jami3ah Iskandariah. Berasal dr Kota Bharu, Kelantan. Bekas pelajar SMK Dato Ahmad Maher, Kota Bharu....
النجم السيد هاشم باروم
الشجرة الطيبة
أيها المريد
Laman Ulama
- الثيخ الدكتور وهبة الزحيلي
- الحبيب علي الجفري
- الحبيب عمر بن محمد بن حفيظ
- الدكتور رمضان البوطي
- الدكتور يوسف القرضاوي
- السماحة الشيخ عبدالعزيز بن باز
- الشيخ أحمد كفتارو
- الشيخ ا. د. محمد عبدالغفار الشريف
- الشيخ عبدالله ناصح علوان
- الشيخ فيصل مولوي
- الشيخ محمد ابراهم عبد الباعث
- الشيخ محمد الغزالي
- العلامة الاستاذ الدكتور علي جمعة
- العلامة عبدالله بن بيه
Sahabat Pejuang
Sahabat Sejati
Organisasi
Hiwar

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment