
"Adakah ini tidur yang terakhir buat ku..huhuhuhu"
Bukan fenomena mati ketika tidur yang saya cuba bicarakan...tapi ianya hanyalah simbolik kepada permasalahan ummah yg berlaku hari ini. Tanpa kita sedari sebenarnya umat Islam kian hari kian ditalqin. Kita dijamu oleh yahudi laknatullah dengan pelbagai kesenangan dunia sehingga kita kian hari kian mengantuk, dan kian hari kian layu dan akhirnya tidur dengan mimpi buat selamanya. Kita tidak diperlakukan sebagaimana yg mereka lakukan terhadap saudara kita di Palstine, Iraq, dan Afghanistan. Tapi kita dijamu sekenyang.
Jamuan Utk Kita Semua
"Jamuan!!! boleh makan free lerr...", itulah persepsi kita apabila dikhabarkan tentang jamuan. Apa yang kita mahukan semuanya benda free, semua benda yg sudah tersedia untuk kita. Inilah mentaliti yang membunuh kita. Hatta agama Islam yg kita anuti sekarangpun telah diwarisi drpd nenek moyang kita yg Islam terlebih dahulu drpd kita. Jika nak dibandingkan kita dengan mualaf-mualaf tentulah mereka lebih baik drpd kita. Mereka mencari agama kebenaran.Mereka terpaksa berdepan dengan tomahan kaum dan keluarga mereka demi mencari sinar Islam.

"MasyaAllah, betul ke nie satu bucket nie utk aku.....biar betul....free?..hehehe"
Sifat kita yg suka menerima dan bukannya memberi menyebabkan kita disuap oleh Yahudi. Tidak cukup dengan sudu dan garfu, malahan tangan yahudi disudikan lagi ke dalam mulut kita yg akhirnya menyebabkan hati kita mati. Ekonomi umat Islam adakalanya bergantung pada yahudi. Kemudahan teknologi yg kitakan guna sekarang banyak menyebabkan remaja-remaja Islam yg diharapkan utk menjadi rijalullah tetapi sebaliknya menjadi rijal syaitan. Nauzubillah Min Hal....
Pabila dah kenyang, bukan Alhamdulillah yg diucapkan tanda kesyukuran tapi bantal disorongkan terlebih dahulu. Memanglah benar orang yg mengantuk disorongkan bantal, lps bantal bagilah pula selimut tebal agar lena dibuatnya. Hahaha..Itulah simboliknya. Apabila semua orang merasakan senang dalam kehidupan yg mereka nikmati sekarang, mereka tidak lagi terpanggil oleh tanggungjawab utk menyeru dan berdakwah pada jalan Allah. Umat Islam merasakan biah Islam yg wujud sudah pun cukup..tanpa sedar bahawa mereka sebenarnya dimusnahkan bagai api dalam sekam yg membara di dalam tapi luarannya kelihatan tenang.
0 Komen:
Post a Comment