Salam Alaikum
Ibda' binafsik....Ibda' Binafsik.....
x tau lah ari nie, terbangun dr tidur jer terus teringat perkataan nie..Ibda' Binafsik bermaksud mulakan dengan diri sendiri. Bukannya mula kan pagi mu dengan semporna ( Iklan rokok..wakakaka). Pertama kali ana bertemu dgn istilah ini ketika sedang membelek slide yg terdapat dalam hardisk lama nie...huhuhu...Mungkin ada hikmah ternyiang-nyiang di benak pemikiran akan perkataan simple ini... dan inilah hikmahnya...Maka tertulislah tajuk ini....wakakaka..
Pabila berbicara mengenai istilah ibda' ataupun mulakan ini, maka datanglah pula idea baru ataupun istilah baru yg sering kita dengar melalui nasyid, iklan, pengucapan dan sbgnya. Antaranya :-
" Dimulakan dengan bismilllah......" (Nasyid Raihan)
" Mulakanlah pagi mu dengan memuji Allah...."( xingat kat ner...motivasi pagi kot)
" Satu...Dua..Tiga..Mula...." ( Nak lumba lari...wakakaka)
Ahh...kita biarkan istilah itu dgn istilah saja...tapi sahabat2, pabila diseru perkataan mula, apa yg menyusuli setelah itu tidak lain tidak bukan ialah tindakan (action). Cth yg cukup mudah ialah ketika dalam dewan peperiksaan. Segera diseru mula oleh Ketua Pengawas terus tindakan menjawab yg kita lakukan...Betapa kuasanya perkataan Ibda' ataupun Mulakan ini...
Ibda' Binafsik...Mulakan dengan diri sendiri...memang tepatlah perkataan ini utk diri ana yg tidak seberapa ini..." Haih, nak jadi pendakwah...diri sendiri pun x betul lagi...seru sana seru sini tapi diri sendiri pun x buat...Inikah pendakwah qudwah Hasanah...", terngiang di telinga ini tatkala memikirkan kembali diri ini...Memang benarlah...apa yg hati kecilku bawakan itu..
Hendaklah kita gunakan kuasa perkataan 'mulakan' itu sebenarnya untuk kita lakukan utk diri kita. Jika konsep mulakan mampu mengerakkan manusia utk bertindak...apatah lagi perkataan 'mulakan' juga mampu kita gunakan utk menggerakkan hati kita agar lebih istiqamah dan berusaha memperbaiki diri kerana Allah SWT.
Nabi SAW ketika berdakwah baginda merupakan Qudwah Hasanah yg terbaik kepada sahabat2 dan juga orang sekeliling mereka. Sehinggakan masyarakat jahiliah Mekkah ketika itu menggelarkan baginda sebagai Al-Amin...keran kejujuran baginda...Betapa tingginya contoh akhlak Nabi SAW terhadap org sekelilingnya.

Ibda' Binafsik ini amatlah penting kepada seseorang mujahid. Kita mulakanlah dengan diri kita yg lebih utama terlebih dahulu sebelum kita seru orng sekeliling kita. Kita tahu, kita sedar, kita arif bahawa berdakwah itu WAJIB keatas sekalian umat Islam melalui tiga cara yg utama. Namun, lebih berhikmah dan lebih bijak jika kita lakukan utk diri kita terlebih dahulu dan kemudian menyeru orang sekeliling kita sbgmana :-
" اصلح لكم و ادع حولكم "
"Solehkan diri kamu dan serulah orang sekeliling Kamu"
Mungkin antara garis panduan utk ana dan kita patuhi utk memenuhi konsep Ibda' Binafsik ialah :-
- Memastikan solat jemaah lima waktu sehari semalam
- Menjaga tutur kata daripada perkataan yg sia-sia
- Menjaga ikhtilat ( hubungan batasan laki dan perempuan)
- Melakukan sunnah NAbi SAW dalam kehidupan harian.
- dan bnyk lagi....

2 Komen:
tu betul cik apeh weh....bijok deme...kawe sokong
emm.. menarik post ni.
(ابدأ بنفسك), sememangnya kita perlu bmula dr diri sdiri dahulu, namun, usaha dakwah tidak boleh terhenti hanya kerana diri sendiri masih belum dperbetulkan.
Yang terbaik, kita cuba mmperbetulkan diri kita, smbil mengajak org lain ke arah kebaikan juga... kerana masih ramai org dluar sana yang hati-hati kecil mereka menunggu kehadiran kita.
Post a Comment