[ Shoutul Haq ]

Berkatalah benar walaupun sekali pahit untuk diperkatakan


Tuesday, November 11, 2008

"Masihkah Kau Ingat..............."

Di Tulis Oleh YM : hafiz_rijalullah


"Masihkah Kau Ingat, Perogol Itu...."

Baru saja sebulan lebih meninggalkan Ramadhan, masih lagi segar dalam ingatan suasana meriah Ramadhan yang sama-sama kita lalui. Bagi yang sentiasa istiqamah dalam beribadat, pastinya tempias beribadah semasa bulan Ramadhan masih lagi dirasai dan amalan-amalan sunat masih lagi menjadi rutin mereka. Lidah dibasahi dengan zikrullah, pancaindera masih lagi lembut utk sujud kepada Allah. Amat beruntunglah mereka yang berjaya dalam mentarbiyyahkan diri di madrasah Ramadhan yang lepas.

Jika Ramadhan, Perang Badar Al-Kubra kita bicarakan. Jika Syawal, tentera Ahzab menjadi bualan di Masjid-masjid. Tapi, makin hari kita makin lupa akan peristiwa penindasan yang dilakukan oleh tentera Serb keatas masyarakat Islam di Bosnia. Menyedihkan lagi ada antara kita yang tidak pernahpun mengetahui akan usul cerita penindasan kejam ini. lebih kurang 16 tahun berlalu...tapi peristiwa ini makin dilupakan. Amat mudah kita lupakan hal sebegini...tapi amat jarang utk kita lupa detik-detik diumumkan pemenang-pemenang AF setiap tahun. Tidak cukup dengan siaran langsung, VCD diulang tonton beberapa kali.

" Tiap2 taun aku x pernah miss benda nie...Best sngt..."

Namun siapakah antara kita yang masih lagi memainkan kembali rakaman-rakaman penindasan umat Islam di seluruh negara, di Afghanistan, di Iraq, di Selatan Thai, di Ambun, apatah lagi di Bosnia ini. 5 April 1992 merupakan detik ngeri buat umat Islam di Bosnia.Peperangan mul meletus di Balkan. Ramai yang berteriak menjerit. Tapi tidak ramai masyarakat antarabangsa yg membantu ketika itu. Yang tiba hanyalah hamba-hamba yang inginkan syahid sebagaimana mujahidin-mujahidin antarabangsa. Namun tidak banyak yang mengenali mujahid-mujahid sebegini.



" Keperitan x dapatku gambarkan dgn kata-kata..."


Antara mujahidin tersebut ialah :-

a) Imraan At-Turki, berwarganegara Amerika dan merupakan Amir kepada mujahidin Turki. Beliau mati dalam keadaan syahid InsyaAllah yang mana perut beliau ditembusi dengan 5 peluru ketika melaungkan " Allahu Akbar....Allahu Akbar...". Dikatakan juga terukir senyuman di wajah beliau ketika mujahidin menemui jasad beliau. MasyaAllah betapa gembiranya Imraan At-Turki ini mendapat syahid di jalan Allah SWT ..InsyaAllah.


b) Abu Maryam Al Afghani, mujahid dari Afghanistan. Ketika ditanya kepada beliau akan siapakah yg akan menjaga anak perempuannya setelah dia syahid. Maka dengan lantang dan yakin kepada Allah beliau menjawab, " Allahlah yg akan menjaga anak perempuanku setelah aku syahid"...Beliau akhirnya gugur juga sbg syuhada'

Kesemua mujahid-mujahid ini, jika diperhalusi biografi masing-masing, kesemuanya tidak takut melainkan mati, tidak cinta melainkan syahid, tidak kedekut mengalirkan darah, tidak loket cacat anggota. Begitulah kata-kata yag mampu memgambarkan semangat jihad dalam diri para mujahidin ini.

Kisah-kisah perjuangan dan penderitaaan masyarakat Bosnia suatu ketika dahulu tidak lagi diendahkan pada masa kini. Tidak pernah timbul dalam hati kecil ini utk menitiskan air mata atau setidak-tidaknya merasai bagaimana peritnya gadis-gadis sunti dirogol hingga mati. Suami-suami dan bapa disembelih dihadapan keluarga sendiri. Remaja wanita dilarikan utk dijadikan pemuas nafsu pabila tibanya malam. Sehinggakan gadis-gadis yang mengandung anak luar nikah itu menjadi ratusan bilangannya. Bukan saja fizikal diseksa, tapi ada juga tahananan yang dipaksa menganut kristian. Gelaran nama-nama kristian terpaksa disahut oleh penghuni penjara. Ada juga yang diukir salib pada dahi dan bermacam lagi....

Penderitaan yg dihadapi oleh gadis-gadis dan penduduk Bosnia hanya dapat digambarkan dengan kata-kata apabila ditemuramah oleh wartawan mujahidin antarabangsa. Ala kuli Hal, apa yang diluahkan hanya 1 % mengambarkan apa yg diperlakukan tentera Serb ke atas mereka.

".......apabila mereka tiba di kampung kami. Mereka mengarahkan kami meyerahkan senjata, barang kemas dan wang kami. Kemudian membahagikan mereka kepada 3 bahagian. 8 orang lelaki dewasa disembelih dengan pisau. Mereka memilih kanak-kanak dan gadis dan juga wanita dan menyuruh menanggalkan pakaian mereka dan merogol dihadapan ibu bapa mereka. Tentera serbia menampar mereka dan mengugut mereka dengan pisau dan mengoyakkan pakaian gadis-gadis kami ....."

Dan gadis berusia 14 tahun turut menceritakan sebagaimana dia dirogol oleh komander tentera musuh .....

".....Komander tersebut besar tubuhnya, gemuk tua, kotor, beruban dengan sejempul rambut putih di dahinya. Dia berbau busuk arak dengan pakaian yang kotor. Dia mengangguk ke arah saya dan menyuruh saya berdiri. Membawa saya ke sebuah bilik. Kaki saya menggelentar dan saya tidak mampu berjalan lagi. Saya fikirkan dia akan menyembelih saya, saya merayu. ..." Boleh saya lakukan,bu?".....tanya saya kepada ibu dan ibu mengangguk. " Pernah kamu bersetubuh...?.....tanya komander. " Tolong tuan..." pinta saya. Dia mencampak saya ke atas kerusi malas dan mengoyak pakaian saya. Dia menutup mulut saya....Saya menjerit, dia menjerit pada saya......."




" Apa salah kami dicalarkan maruah kami...."


MasyaAllah, aku tidak pernah mendapat tahu akan cerita ini. Umurku pada 1992 ialah 2 tahun. Tidak jauh berbeza. Mungkin jika aku ditakdirkan lahir di Bosnia, suasana sebegitulah yg aku hadapi..mungkin tidak sempat aku mengenal ayahku...mungkin tidak pernah ku bersua dengan ibu dan saudara-saudaraku....(Nauzubillahu Min Hal)..Alangkah beruntungnya aku ini.



Kenanglah nasib Umat ISlam Yg ditindas walau sebentar mata berkelip......
Agar timbul benak hati..rasa tanggungjawab....
Bukan utk dipikul senjata bersama syahid...
Tapi sekadar keinsafan dalam kehidupan....

ALLAHU AKBAR !!! ALLAHU AKBAR !!!!

Monday, October 13, 2008

Kembara Bumi Anbiyya'

Di Tulis Oleh YM : hafiz_rijalullah

Assalamualikum Buat Semua.....

Hampir 3 minggu ana meninggal Malaysia merantau ke Mesir satu-satunya bumi yang dikurniakan oleh Allah dengan kesan tinggalan Nabi-Nabi.

Alhamdulillah....minggu pertama ana habiskan masa di Cairo. Bandar yang penuh dengan kesibukan dan kekalutan manusia. Pada awalnya, tekanan dirasai akibat kesesakan dan gelagat manusianya yang pelik2 belaka. Namun, segalanya cuba diadaptasikan dalam diri ana ini. Sekarang, gelagat pak2 Arab disini bukan lagi menjadi faktor tekanan tetapi menjadi bahan tontonan hari2...hahhahaa

Petang Raya pertama ana dan 11 sahabat ketua rumah yg lain bergerak ke Alexandria menaiki Tramco. Urusan rumah dilakukan sebaik saja kami tiba di sana. Alhamdulillah rumah yang akan baik ana peroleh untuk dikongsi bersama dengan 3 Ahli bait yang lain.

Minggu nie masih lagi berlangsung orientasi...dan InsyaAllah minggu depan kuliah akan bermula...Setakat ini buat kali ini...salam ukhwah semua....

Sambung ke Part2

Wednesday, September 10, 2008

Tidur MAUT !!!!!

Di Tulis Oleh YM : hafiz_rijalullah

Salam alaikum...

Kerap kali kita dengar orang yang mati ketika tidur bukan? Malam hari sebelum tidur si mati dalam keadaan yang sihat wal afiat, malahan sempat lagi bergurau senda bersama teman dan juga keluarga, namun tatkala azan Subuh digemakan, si isteri mengejutkan si mati, si mati telah pun pergi menemui Illahi...MasyaAllah, Maha Besar Kuasa Allah. Tiada siapa pun yang lihat bagaimana si mati nazak utk kali terakhirnya, dan tiada siapa yang tahu adakah sempat menitip dibibir si mati kalimah keramat 'La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah'. Semuanya berlaku tanpa pengetahuan sesiapapun kecuali Allah SWT. Itulah fenomena mati dalam tidur yang mana cukup berbeza dengan jenis-jenis mati yang lain.

"Adakah ini tidur yang terakhir buat ku..huhuhuhu"

Bukan fenomena mati ketika tidur yang saya cuba bicarakan...tapi ianya hanyalah simbolik kepada permasalahan ummah yg berlaku hari ini. Tanpa kita sedari sebenarnya umat Islam kian hari kian ditalqin. Kita dijamu oleh yahudi laknatullah dengan pelbagai kesenangan dunia sehingga kita kian hari kian mengantuk, dan kian hari kian layu dan akhirnya tidur dengan mimpi buat selamanya. Kita tidak diperlakukan sebagaimana yg mereka lakukan terhadap saudara kita di Palstine, Iraq, dan Afghanistan. Tapi kita dijamu sekenyang.


" orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."


( Al Baqarah, Ayat 120)


Jamuan Utk Kita Semua

"Jamuan!!! boleh makan free lerr...", itulah persepsi kita apabila dikhabarkan tentang jamuan. Apa yang kita mahukan semuanya benda free, semua benda yg sudah tersedia untuk kita. Inilah mentaliti yang membunuh kita. Hatta agama Islam yg kita anuti sekarangpun telah diwarisi drpd nenek moyang kita yg Islam terlebih dahulu drpd kita. Jika nak dibandingkan kita dengan mualaf-mualaf tentulah mereka lebih baik drpd kita. Mereka mencari agama kebenaran.Mereka terpaksa berdepan dengan tomahan kaum dan keluarga mereka demi mencari sinar Islam.



"MasyaAllah, betul ke nie satu bucket nie utk aku.....biar betul....free?..hehehe"


Sifat kita yg suka menerima dan bukannya memberi menyebabkan kita disuap oleh Yahudi. Tidak cukup dengan sudu dan garfu, malahan tangan yahudi disudikan lagi ke dalam mulut kita yg akhirnya menyebabkan hati kita mati. Ekonomi umat Islam adakalanya bergantung pada yahudi. Kemudahan teknologi yg kitakan guna sekarang banyak menyebabkan remaja-remaja Islam yg diharapkan utk menjadi rijalullah tetapi sebaliknya menjadi rijal syaitan. Nauzubillah Min Hal....

Errrkk....Dah Kenyang ..

Pabila dah kenyang, bukan Alhamdulillah yg diucapkan tanda kesyukuran tapi bantal disorongkan terlebih dahulu. Memanglah benar orang yg mengantuk disorongkan bantal, lps bantal bagilah pula selimut tebal agar lena dibuatnya. Hahaha..Itulah simboliknya. Apabila semua orang merasakan senang dalam kehidupan yg mereka nikmati sekarang, mereka tidak lagi terpanggil oleh tanggungjawab utk menyeru dan berdakwah pada jalan Allah. Umat Islam merasakan biah Islam yg wujud sudah pun cukup..tanpa sedar bahawa mereka sebenarnya dimusnahkan bagai api dalam sekam yg membara di dalam tapi luarannya kelihatan tenang.


من بات ولم يهتم بأمر مسلمين فليس منهم

"Sesiapa yg tidur nyenyak dan tidak mengambil tahu soal umat Islam, maka dia bukan dr kalangan mereka (umat Islam)"

Monday, September 8, 2008

Ibda' Binafsik ( ابداء بنفسي )

Di Tulis Oleh YM : hafiz_rijalullah

Salam Alaikum

Ibda' binafsik....Ibda' Binafsik.....

x tau lah ari nie, terbangun dr tidur jer terus teringat perkataan nie..Ibda' Binafsik bermaksud mulakan dengan diri sendiri. Bukannya mula kan pagi mu dengan semporna ( Iklan rokok..wakakaka). Pertama kali ana bertemu dgn istilah ini ketika sedang membelek slide yg terdapat dalam hardisk lama nie...huhuhu...Mungkin ada hikmah ternyiang-nyiang di benak pemikiran akan perkataan simple ini... dan inilah hikmahnya...Maka tertulislah tajuk ini....wakakaka..

Pabila berbicara mengenai istilah ibda' ataupun mulakan ini, maka datanglah pula idea baru ataupun istilah baru yg sering kita dengar melalui nasyid, iklan, pengucapan dan sbgnya. Antaranya :-

" haih..bile laa pengadil nak cakap "mula" nie....dah lenguh dah nie....haih"

" Dimulakan dengan bismilllah......" (Nasyid Raihan)
" Mulakanlah pagi mu dengan memuji Allah...."( xingat kat ner...motivasi pagi kot)
" Satu...Dua..Tiga..Mula...." ( Nak lumba lari...wakakaka)

Ahh...kita biarkan istilah itu dgn istilah saja...tapi sahabat2, pabila diseru perkataan mula, apa yg menyusuli setelah itu tidak lain tidak bukan ialah tindakan (action). Cth yg cukup mudah ialah ketika dalam dewan peperiksaan. Segera diseru mula oleh Ketua Pengawas terus tindakan menjawab yg kita lakukan...Betapa kuasanya perkataan Ibda' ataupun Mulakan ini...

Ibda' Binafsik...Mulakan dengan diri sendiri...memang tepatlah perkataan ini utk diri ana yg tidak seberapa ini..." Haih, nak jadi pendakwah...diri sendiri pun x betul lagi...seru sana seru sini tapi diri sendiri pun x buat...Inikah pendakwah qudwah Hasanah...", terngiang di telinga ini tatkala memikirkan kembali diri ini...Memang benarlah...apa yg hati kecilku bawakan itu..

"Muhasabah diri merupakan amalan yg bagus kpd seseorang abid supaya tidak bangga dgn diri sendiri dan sntiasa sedar bahawa diri ini bukanlah sempurna"

Hendaklah kita gunakan kuasa perkataan 'mulakan' itu sebenarnya untuk kita lakukan utk diri kita. Jika konsep mulakan mampu mengerakkan manusia utk bertindak...apatah lagi perkataan 'mulakan' juga mampu kita gunakan utk menggerakkan hati kita agar lebih istiqamah dan berusaha memperbaiki diri kerana Allah SWT.

Nabi SAW ketika berdakwah baginda merupakan Qudwah Hasanah yg terbaik kepada sahabat2 dan juga orang sekeliling mereka. Sehinggakan masyarakat jahiliah Mekkah ketika itu menggelarkan baginda sebagai Al-Amin...keran kejujuran baginda...Betapa tingginya contoh akhlak Nabi SAW terhadap org sekelilingnya.


Ibda' Binafsik ini amatlah penting kepada seseorang mujahid. Kita mulakanlah dengan diri kita yg lebih utama terlebih dahulu sebelum kita seru orng sekeliling kita. Kita tahu, kita sedar, kita arif bahawa berdakwah itu WAJIB keatas sekalian umat Islam melalui tiga cara yg utama. Namun, lebih berhikmah dan lebih bijak jika kita lakukan utk diri kita terlebih dahulu dan kemudian menyeru orang sekeliling kita sbgmana :-

" اصلح لكم و ادع حولكم "
"Solehkan diri kamu dan serulah orang sekeliling Kamu"

Mungkin antara garis panduan utk ana dan kita patuhi utk memenuhi konsep Ibda' Binafsik ialah :-

  1. Memastikan solat jemaah lima waktu sehari semalam
  2. Menjaga tutur kata daripada perkataan yg sia-sia
  3. Menjaga ikhtilat ( hubungan batasan laki dan perempuan)
  4. Melakukan sunnah NAbi SAW dalam kehidupan harian.
  5. dan bnyk lagi....

Wednesday, September 3, 2008

Angan @ Kehendak @ Nafsu.........

Di Tulis Oleh YM : hafiz_rijalullah

haih.....

Selama dua hari kat rumah nie x tau nak buat apa..pagi keluar petang balik...itulah yg mamp aku lakukan...betapa ruginya aku kerna tak berpengang pada sumpah Allah terhadap waktu...yg mana kita sebenarnya dalam kerugian.

Sempat juga...ku berjalan sekitar pasar Ramadhan..,bukan berkehendakan sesuatu tapi hanya utk melepaskan rinduku kepada pasar Ramadhan setelah setahun lamanya meninggalkan daku....Ku terduduk di suatu sudut berdekatan dengan gerai-gerai yg diwarnai dengan kuih yg pelbagai. Ku lihat gelagat manusia satu demi satu. Benarlah bahawa "Banyak Manusia Banyak Ragamnya"...

"MasyaAllah mak cik, banyaknya mak cik beli..." sapa aku hanya sekadar menyindir. Mak Cik tadi ku biarkan berlalu dengan plastik yg memenuhi di kiri dan kanan. Selang 2,3 minit, sorang Pak Cik berjalan juga membawa plastik yg dipenuhi dengan juadah. Hampir 15 minit aku bersantai, semua yg lalu lalang memenuhi di tangan mereka ialah juadah. "Maklumlah, nie kan permulaan puasa....selera tengah naik....!!" jawab seorang bro yg berumur lbh krng 40-an setelah disapa olehku....


Terlintas dibenak fikiranku, Nabi SAW hanya berbuka dengan hanya sekadar sebiji kurma dan juga air kosong. Tapi keberkatan puasa itu melebihi kita yg berbuka dengan juadah yg pelbagai sehinggakan tidak menang tangan dibuatnya. Tapi Rasululllah SAW berbuka dan bersahur dengan kurma dan juga air kosong mampu memikul senjata berperang dengan musuh Islam pada ketika itu....Bukan itu saja, malam hari baginda dihiasi dengan SunatTarawih dan amalan-amalan sunat yg lain....

Hari ini....jelas berbeza sekali. Bagi kaki rokok, berpuasa dari merokok bagi mereka merupakan suatu musibah sehinggakan ada yg x mampu berkerja dek berpuasa merokok. Fuhhh, keluhan demi keluhan keluar dr mulut yg dahagakan tegupan asap rokok. Hari perokok tidak lagi secergas dahulu....bahkan lebih cergas kanak-kanak tadika berbanding mereka. Pabila azan berkumandang, apa yg digapainya bukanlah tamar sunnah Nabi SAW, tapi kotak rokok yg dikobek terlebih dahulu....MasyaAllah, betapa rokok segalanya bagi mereka....

Namun, bagi yg lebih berfikiran positif, bulan Ramadahan mungkin dijadikan oleh mereka sbg madrasah utk berhenti merokok buat selama-lamanya. Sama-sama kita berdoa agar kita diterima amalan kita pada Bulan Ramadhan ini.

Tuesday, September 2, 2008

Malam-Malam Ramadhanku ........

Di Tulis Oleh YM : hafiz_rijalullah

Teresak-esak suara menangis tatkala Sya'ban kian meninggalkan mereka semua... Ramadhan demi Ramadhan tapi nasib mereka kian hari kian buruk. Jika dulu, Ramadhan yg bakal tiba mereka sambut dengan kesyukuran dan kegembiraan di hati masing-masing. Namun wajah gembira menyambut Ramadhan tidak lagi bersinar di wajah saudara-saudara kita ini. Apatah lagi kegembiraan ketika menyambut Aidilfitri...


" Peperangan bukan penyelesaian...."

Ramadan datang dan berpergi, namun maruah rakyat Palestin kian hari kian tercabul. Satu demi satu hak mereka dinafikan. Keadilan antarabangsa tiada sedikitpun berpaling pada rakyat negara tersebut. Apa yg ada pada mereka ialah doa kepada Allah SWT.

Namun begitu, tekanan dan pencabulan hak keatas rakyat Palestine sebenarnya merupakan sindiran oleh Yahudi kepada kita (umat Islam di negara lain). Penganiayaan terhadap umat Islam di Palestin merupakan lambang bahawa tiada kesatuan umat Islam seluruh negara. Umat Islam boleh diperlekehkan oleh Yahudi sbgmana yg dilakukan terhadap Palestine. Umat Islam dijadikan boneka dalam kerajaan..Umat Islam dilaga-lagakan laksana ayam laga.. Umat Islam boleh dibayar hanya utk dijadikan teman tidur....Ya Allah !!! Betapa rapuhnya Ummah hari ini..Integriti umat Islam mundur, Ya Allah !!!!....Umat Islam dijadikan mainan, YA Allah...Umat Islam dipecah-pecahkan, Ya ALLAH.....huhuhuhu..Tanpa mereka sedari...air mata bercucuran laksana butiran permata jatuh satu demi satu dr kelopak mata mereka.


" sejauhmanakah kita boikot Israel...atau sekadar boikot 2,3 hari selepas kita menerima poster ini....istiqamah tiada lg dalam hati kita...kerana hati kita sebenarnya MATI "

Sebelum nasi menjadi basi , ayuh kawan-kawan kita pupukkan ukhwwah fillah, jauhkan ummah kita dr berpecah. Satukan kembali hati-hati kita agar wujud perhubungan dan kasih sayang terhadap saudara sesama agama.

" dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."

(al-Imran--AYat 103)


Monday, August 11, 2008

Aku Pemuda ISLAM !!!!

Di Tulis Oleh YM : hafiz_rijalullah

Salam alaik..

Syukur kehadrat Allah aku panjatkan kesyukuran tatkala aku membuka mataku di pagi hari ini..hari yg penuh dengan keberkatan Allah dan hari yg pertama kalinya aku menghirup udara Allah setelah umurku mencapai 18 tahun..

YA ALLAH, tanpaku sedari sudah 18 tahun aku menganut agama Islam. Pada zaman kegemilangan Islam, kebanyakan pemuda pada ketika itu telahpun memimpin bala tentera untuk negara Islam...Salehuddin Al-Ayubi telahpun berjaya mempin tenteranya ketika berumur 18 tahun...tapi aku !!!! Ya ALLAH sumbangan ku sedikit sangat YA ALLAH !!!!... terasa sebak di hati tatkala teringat akan hari-hariku yang lepas..

Kehidupanku pada tahun-tahun yang lepas dipenuhi dengan hilai tawa kegembiraan..dihiasi dengan keseronokan dunia yg tiada kesudahannya...dipenuhi dengan kawan-kawan dunia semata-mata...YA ALLAH...amalanku jauh sekali untuk menandingi para pemuda Kahfi yang menyembunyikan diri demi kebenaran hakiki...huhuhuhu..AMPUNI DAKU YA ALLAH.

Peranan Pemuda (رجال)

Alhamdulillah, kesempatan ALLAH berikan kepada aku utk menyertai satu program bertujuan menyedarkan pemuda seperti aku ini...umurku 18 tahun disia-siakan tanpa mengikut landasan yg digariskan oleh agama...Peranan pemuda banyak dibicarakan dalam program tersebut.


"Kami pemuda Badar dan Pemuda Tabuk....ayuh JIHAD jalan Kami.....syahid matlamat kami"



Pemuda berperanan untuk mengerakkan proses kebangkitan Islam( manhaj Inqilab). Pemuda sebenarnya perlulah berani dan istiqamah dalam menggerakkan proses kebangkitan ini. Bersatu dalam satu jamaie merupakan keperluan bagi seseorang rijal untuk menjayakan proses ini.



Kami barisan pemuda Jihad...YA ALLAH menangkan KAMI !!!!

Kami barisan pemuda Jihad...YA ALLAH menangkan KAMI !!!!

Saturday, July 26, 2008

Mesir OH Mesir !!!!

Di Tulis Oleh YM : hafiz_rijalullah

Tatkala Nabi Musa AS menentang Firaun dan pengikut-pengikutnya...

Tatkala cinta Zulaikha kepada Yusof AS mula berputik....

Tatkala piramid Giza menjadi tumpuan ramai...

Tatkala doaku dan keluarga dimakbulkan Allah SWT...


Alhamdulillah...betapa gembiranya hatiku dan keluarga setelah mendapat tahu aku mendapat tajaan MARA utk ke Mesir..sebelum ini aku sangat berharap ke Mesir. Ku pilih Mesir bukanlah kerna cuacanya, bukan juga kerana orangnya, bukan juga sekadar berfoya-foya dgn kawan2. Tapi bagiku..ilmu yg harus dicari.

Aku sedar aku adalah Hamba Allah. Yg paling utama bagiku adalah utk memperjuangkan agama ini habis-habisan. Ku yakin dan berdoa kehadrat Allah SWT agar menjadikan kerjaya yg akan ku ceburi pada masa datang (InsyaAllah) sbg medan utk aku berdakwah.

Mesir OH Mesir !!!!!!!!

MESIR BUMI ANBIYYA'

MESIR BUMI ANBIYYA'

Tuesday, April 29, 2008

HOT in Parliament ..." ..Point Of Order..Point Of Order..."

Di Tulis Oleh YM : hafiz_rijalullah

اسلام عليكم

hahaha....for those who watch the discussion in parliament today, confirm they will laugh..hahaha. I also had watch the funny discussion in parliament today. Parliament member of Bukit Gelugor today had make the parliament more HOT !!!! Alhthough, Karpal Singh can not stand but his voice had disturbed the parliament.


"point of order....point of order..please"

First question only can be answered after one hour. The floor had be disturb by bad voice espeacially from DAP. No result can not be agreed by the members because DAP always disturb the discussion by shouting in the floor.

DAP members like Bandar Kuching disobey 'Yang Dipertua' and acted rudely in parliament. This is not ' Budi Bahasa' of Malaysian. DAP should make other opposition members from PAS and PKR as role model during in the floor. DAP representer should not be a 'samseng' in the floor.


"fuhhh...parliament today like point of order forum....point of order..point of order..."

I totally said that, DAP representer is uncivilized. They only shout what they feel and like to make the floor noisy. This is not a good attitude as a leader. But other opposition members from PAS and PKR is doing well. DAP likes to give out a technical issue like 'point of order' in the floor. We as Malaysians did not want the stupid issue like that. We want more issues about country to be discuss. We want BN to answer all the question and at the same time..all of opposition members oppose the goverment statement.

But, what happen today is different. DAP had disturb the floor. DAP rude to 'Yang Dipertua'. If this scenario still occurs in parliament. More result cannot be taken. And we in the opposition also will lost our mission to condemn the government. DAP should not destroy our mission. DAP should use 'point of order' when they really have order. hahaha

But, the floor also sad because 'Yang Dipertua' had banned Terengganu's royalty issue. This issue has be shout out by Salehuddin Ayub from Kubang Kerian. But, sadly, 'Yang Dipertua' had banned this although more than 15 opposition members agree with Salehuddin to allow the parliament to discuss about royalty.


" why royalty issue can not be discuss in today parliament...adusssss"


Monday, April 28, 2008

كراجاءن اسلام كلنتن سواتو فمبوكتين

Di Tulis Oleh YM : hafiz_rijalullah

اسلام عليكم
الحمدلله شكور كلانتن فد هاري اين مسيه لاكي د باواه كفيمفينن علاماء
جدي, تله منجادي تعكوعجاواب كيتا اونتوق ممباري سوكوعن كفد كراجاءن اسلام.

هاري اين اهلي ديوان اونداعن برسيداع بواة كالي يع فرتاما. يع جلاس سورا ديوان هاري اين لبيه بيباس. فمبعكع هاري اين تيداق لاكي ممفو مننتع مان-مان ايسو يع دبينحعكن. فمبعكع هاري اين د ديوان كلانتن ليبه جنداروع اونتوق برديام ديري. ديوان فد هاري اين جوكا لبيه امان كرانا تيادا لاكي سوارا سومبع سفرتي انوار موسا.



"باريسن ايقسكو كراجاءن اسلام كلانتن"


ممباعون برسام اسلام......... هنيا اسلام فمباوا رحمة كسلوروه علام